Jumaat, 20 Mei 2011

Apakah d'Ez English

Mengapa d'Ez English pilihan terbaik?

1.Corak pembelajaran d'Ez English amat mudah namun cukup berkesan.Program ini melatih pengguna kemahiran membaca,menulis,mendengar,memahami dan bertutur berpandukan penutur jati bahasa Inggeris sama ada dari Britain atau Amerika Syarikat.

2.Terdapat 16 modul dengan jumlah 8760 jam kredit atau bersamaan 1 tahun.Ini bertujuan supaya pengguna dapat memaksimakan masa belajar dengan lebih yakin tanpa perlu menghabiskan modul tersebut dengan tergesa-gesa.

3.Belajar online dengan d'Ez English boleh dilakukan di mana sahaja tanpa batasan tempat dan waktu.Kaedah ini terbukti memberi penjimatan masa dan wang pengguna pada tahap yang maksimum.Tidak perlu menghadiri kelas dan tiada kos untuk pengangkutan.

4.Program d'Ez English disertakan sekali dengan terjemahan Bahasa Melayu.Pengggunaan dwi bahasa ini dapat meningkatkan kefahaman pengguna.Secara tidak langsung dapat belajar dengan cepat dan pantas tanpa perlu membuka kamus seperti cara tradisional.

5.Penggunaan suara dan ilustrasi interaktif dijamin memberi suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Mengikut pengalaman sendiri kebanyakan kita cukup teruja untuk belajar pada peringkat permulaan sahaja tetapi lama-kelamaan berhenti sekerat jalan.Masalah ini dapat diatasi jika belajar Bahasa Inggeris dengan d'Dez English.

6.Setelah pengguna tamat tahap demi tahap modul yang ditawarkan adalah digalakkan untuk mengambil peperiksaan dan sekiranya lulus layak untuk mendapat sijil dari Open Universiti Malaysia (OUM).Sijil ini adalah nilai tambah supaya pengguna lebih yakin dengan tahap pencapaian Bahasa Inggeris yang telah dipelajari sebelum ini melalui program d'Ez English.

7.Pendidikan adalah aset penting untuk masa depan.Pelaburan wang ringgit untuk mempelajari kemahiran bahasa antarabangsa tiada galang gantinya.Jadi pengenalan harga 1 set d'Ez English adalah RM622.00 adalah kompetitif dan berbaloi-baloi.Nilai tersebut pasti memberi pulangan lumayan kepada mereka yang akan menikmati peningkatan kerjaya.Para pelajar pula mudah untuk mengikuti pengajian di universiti dan akan keluar sebagai graduan yang berkualiti dengan pendapatan tinggi.

Bagaimana hendak mendapatkan d'Ez English ?

Sekiranya anda berada di sekitar Kuching boleh dapatkan segera di Kiosk d'Ez English,
Medan Pelita,Jalan Temple,93000 Kuching.Waktu beroperasi 10am hingga 5pm setiap hari kecuali hari Ahad.Bagi mereka yang berada di luar Kuching usah kecewa kerana boleh melakukan pembelian cara pos dengan kos penghantaran percuma.Tawaran terhad.
Sila pastikan anda menghubungi Zainuddin (019-8254461) atau Hanafi (019-8907289) untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan