Isnin, 30 Mei 2011

Pengalaman Belajar Bahasa Inggeris Online.

Saya memang jenis tak begitu pandai bahasa Inggeris.Namun saya suka bahasa Inggeris kerana ia salah satu kemahiran bahasa yang menjadi keperluan dunia hari ini.

Sifat biasa manusia ialah mereka sukar untuk menerima sesuatu yang baru.Lebih-lebih lagi belajar tidak menggunakan kelas formal atau tanpa bantuan seseorang guru.Bagi saya belajar secara online banyak sangat manfaat.

Saya tidak perlu ke kelas.Kelas saya adalah PC ataupun laptop.Sudah mencukupi dan memandai.Tak perlu pening-pening kepala cari bas atau kereta untuk ke kelas.Semua online.Kan itu sangat memudahkan kehidupan saya.

Dari segi kemudahan masa saya boleh belajar bila-bila masa.Tak kira siang atau malam.Tak kira berapa lama saya belajar.Kalau boleh 24 jam.Kalau beginilah keadaannya sapa-sapa pun boleh belajar secara online.Paling penting kemahuan yang kuat dan disiplin yang tinggi.

Setakat ini dahulu coretan saya.Tak mau banyak-banyak kerana ia akan disusuli oleh episod yang akan datang.

Bagi yang ingin melihat website ini boleh terus ke sini.KLIK SAJE 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan